· Common Name: Malayan Horned Frog
· Size:3"
Filum: Chordata
Kelas: Amphibia
Ordo: Anura
Familia: Megophryidae
Genus: Megophrys
Spesies: M. Nasuta
Nama binomial : Megophrys Nasuta (Schlegel, 1837) Malayan Horned Frog
Ciri-ciri
Katak yang gempal dan bersais serdahana hingga besar, dengan kaki pendek halus. Lebar kepalanya adalah separuh kepala-tambah-panjang badan. "Tanduk" adalah lebar, runcing, bersegi tiga menonjol dari tepi kelopak mata. Kebanyakan individual spesies ini turut mempunyai bonjolan yang sama pada hujung hidung. Bahagian belakang mempunyai dua pasang kulit berlipat yang panjang, tirus. Warnanya seperti selut cerah hingga perang kemerahan, kadang kala dengan satu atau dua tompok pada bahagian belakang. Biasanya terdapat belang gelap lebar pada sebelah kepala di belakang mata.
- Jantan: 70 - 105 mm
- Betina: 90 - 125 mm
Habitat
Spesies ini tersebar meluas dan biasanya tergolong dalam satu genus. Ia tinggal dikawasan hutan hujan tanah rata hingga ke cerunan, dari aras laut sehingga ketinggian 1,600 meter. Katak dewasa membiak disungai yang mempunyai arus serdahana hingga deras. Berudunya hidup dikawasan beriak, dan biasanya dijumpai bersembunyi di kawasan di mana akar tumbuhan berjuntai kedalam air
Taburan
Katan ini boleh didapati dikeseluruhan Borneo. Juga terdapat di Sumatera dan Semenanjung Malaysia.
Bunyi
Berbunyi "Honk" tunggal yang kuat. Nada pelbagai-ton, yang nyaring dihasilkan secara berkala.
http://sarawaknet.e-belia.net/09/news/wiki.php?title=Katak_Takang
http://forum.dogslovers.org/archive/index.php?t-615.html
0 comments:
Post a Comment