weblogUpdates.ping Taneak Jang, Rejang Land, Tanah Rejang http://rejang-lebong.blogspot.com Taneak Jang, Rejang land, Tanah Rejang: Megophyris nasuta Katak Bertanduk Tiga

Megophyris nasuta Katak Bertanduk Tiga

·

Hasil browser admin menemukan Taman Nasional Kerinci Seblat, dan Batang Gadis telah melaporkan memiliki fauna purba ini. Sayangnya hanya ada di daftar fauna langka saja yang tersedia, tidak ada keterangan lebih lanjut mengenai fauna ini, termasuk tidak di temukan dokumentasi apalagi publikasi yang detail dari pihak Taman Nasional. Bisa di simpulkan Taman Nasional ini tidak mengupdate kekayaan hayatinya tapi hanya menerima laporan dari pihak ke dua, seperti peneliti, ilmuwan, penduduk, pecinta alam,dsb nya. Ternyata menurut data international habitat katak ini adanya hanya di Sumatera dan Peninsular Malaya,termasuk negeri bagian Sarawak melaporkan keberadaannya di kalimantan. Lagi-lagi keterangan lengkap admin peroleh dari Malaysia, keterangan di wikipidia sendiri sangat sedikit. Berikut petikan beberapa artikel tersebut.


: Fri Nov 11, 2005 11:24 pm Post subject: toad frog

kasih hutan kita.... peliharalah alam semulajadi agar tak dimusnahkan oleh pembangunan.
pic. 1

pic. 2

katak bertanduk @ horned toad frog @ Megophrys Monticola Nasuta

saya pernah menemui katak bertanduk ini di puncak Gunung Belumut (1010 meter), Johor pada tahun 1995 dan di dusun saya bersempadan dgn. Hutan Simpan Bukit Lagong, Selangor pada tahun 2002.

Last edited by umai on Sat Nov 12, 2005 2:16 pm; edited 1 time in total

Telah Dihantar: Sat Nov 12, 2005 2:13 pm Post subject: Re: toad frog

Horned Toad-frog

Terdapat 8 spesis "Batrachians" yang dikenali sebagai "Katak Bertanduk" di Malaysia. Katak jenis ini amat sukar ditemui kerana penyamaran dari segi warna yang disesuaikan dengan alam semulajadi habitat amfibia tersebut.

"Katak Bertanduk" mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat dibezakan dengan katak daripada spesis lain. Mempunyai badagian badan yang tegap, bersaiz sederhana, kaki pendek manakala lebar bahagian kepala adalah sebahagian daripada panjang badan yang dicampur dengan kaki. Katak jantan mempunyai saiz di antara 70 -105mm manakala katak betina mempunyai saiz yang lebih besar iaitu 90 - 125mm.

Satu ciri unik adalah mempunyai "tanduk" yang lebar dan tajam. Tanduk tersebut terdapat di 3 penjuru dari sisi kelopak mata serta bahagian tengah kepala. Manakala pada bahagian belakang terdapat sepasang pelipat atau lipatan pada bahagian kulit. Warna katak ini berubah mengikut persekitaran dan kelaziman berwarna seperti warna tanah liat sehingga coklat kemerahan. Selain itu, terdapat juga beberapa bintik hitam pada bahagian belakang.

Katak dari spesis ini lazimnya terdapat di "Primary Forest" iaitu di kawasan tanah rata hinggalah ke kawasan tanah tinggi yang curam pada paras 1600m. Katak dewasa akan membiak di kawasan sungai yang mengalir perlahan dan sederhana. Namun, terdapat juga yang ditemui berhampiran dengan kawasan air terjun.

Secara taburan, spesis ini boleh ditemui disegenap pelusuk Borneo, selain di Sumatera dan Semenanjung Malaysia. Beberapa kawasan yang telah dikenal pasti adalah G. Tapis, G. Benom, Bkt. Fraser dan Pulau Tioman (Pahang), Templer Park, Hutan Simpan Bukit Lagong dan Genting Sempah (Selangor), Taman Negeri Endau-Rompin (Johor) dan Kuala Betis (Kelantan).

http://markas.bintang3.net/viewtopic.php?p=7795&sid=656f7b4b99f504018a3982fead17c5e7

0 comments:

Rejang Land Pal

Support by

Add to Technorati Favorites blog-indonesia.com